Sunday, September 21, 2008

SUKAR UNTUK ANWAR TUBUH KERAJAAN, TENGKU RAZALEIGH

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Adalah sukar bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan sebuah kerajaan ekoran kesukaran parti itu bekerjasama dengan DAP berbanding PAS, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata perbezaan ketara dalam dasar dan ideologi antara parti-parti ini merupakan masalah terbesar Anwar dalam usaha mewujudkan satu pakatan yang benar-benar mantap antara mereka.

"Saya rasa sukar bagi Anwar kerana DAP adalah rakan baik semasa pilihan raya, tapi apabila dasar dan ideologi mereka diambil kira, saya rasa Anwar tidak akan berjaya.

Bagaimana hendak tadbir Malaysia dengan wujudnya dua ideologi dan dasar yang berbeza," katanya pada sesi dialog dengan pengendali-pengendali blog di rumahnya di sini hari ini.

Katanya Anwar yang dilantik ketua pembangkang di Parlimen perlu membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan, dan Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan majoriti.

"Bila dia (Anwar) mendakwa memiliki jumlah itu (Anggota Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat), dia perlu membuktikannya, tapi dia gagal berbuat demikian, dia ini pandai buat tawaran yang dianggap popular kepada mereka yang mempercayainya," katanya.

Anwar yang memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lepas mendakwa beliau sudah memiliki jumlah anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru namun tidak menyatakan senarai nama anggota parlimen itu.

Tengku Razaleigh berkata Anwar berharap untuk menarik sokongan orang ramai terhadap agendanya untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Sebab itu ada penyokong di kalangan parti Gerakan, MCA, MIC tertarik dengan tawaran dia. Ini memang menjejaskan BN. Pada pilihan raya lalu (8 Mac) BN kalah di banyak tempat. Selain dari itu, ada juga isu-isu yang lain," katanya.

Beliau berkata negara akan menghadapi keadaan yang buruk sekiranya Anwar menerajui kerajaan disebabkan banyak perbezaan dasar dan ideologi antara pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat.

-- BERNAMA

Saturday, September 20, 2008

ANALISA MALAYSIAN INSIDER

Dipetik daripada Malaysian Insider :

IF THE PM HAD ONLY THROWN AWAY CAUTION, NOT CHANCES


SEPT 20 A couple of days after the March 8 general elections, a calm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sat down with some supporters and his inner circle in Sri Perdana to survey the new political landscape and weigh the prime minister"s options going forward.

Those familiar with the meeting recalled that a confetti of ideas were tossed around on how to regain the initiative from the Anwar Ibrahim-led opposition and to hold off Tun Dr Mahathir Mohamad and other critics within Umno baying for Abdullah"s blood.

One idea got some traction ~ the notion that Abdullah had to throw caution to the wind and reform the various institutions in the country.

He had to care less of what his party thought and focus solely on what Malaysians wanted. If he followed this strategy, he would be so popular with Malaysians that his party will not dare to move against him.

Even the downside was attractive ~ the idea that he would be remembered as a Malaysian Mikhail Gorbachev who lost his power and position doing the right thing.

That seems like sound advice which Abdullah should have followed.

Instead, after appointing Datuk Zaid Ibrahim as the de facto law minister and making some loud noises about reforms, he retreated to his usual patch, worried that he was upsetting the Umno warlords.

Every decision seemed to hang on this outcome ~ how would Umno react? If there was a remote chance that the party would object to a policy or decision, he postponed making it.

That is why the Judicial Appointment Commission and the Independent Police Complaints and Misconduct Commission are waiting to be rescued from limbo.

Ironically, today he is paying the price for being subservient to his party. They have their knives out for him, wanting him to step down as party president much earlier that the mid-2010 transition deadline.

And here is a double dose of irony: Their big beef with Abdullah is that he has not done much since Election 2008.

There is no cavalry of non-party members rushing to put up a human shield around him and protect him from the charge of the Umno rank-and-file.

They believe that he has been given several chances to make good his promise of changing Malaysia, and has not been able to deliver.

Worse yet, they believe that because of his unwillingness to upset Umno warlords, party officials have become more arrogant and insensitive to the feelings of non-Malays, and Malaysia has become a less inclusive country.

That is why Datuk Ahmad Ismail was recalcitrant about his description of Malaysian Chinese as immigrants and squatters.

That is why the late Datuk Zakaria Deros was willing to break every law in the book to build a huge mansion in Klang.

That is why Datuk Seri Khir Toyo was unrepentant about ordering the demolition of a Hindu temple in Selangor a week before Deepavali last year.

So today, Abdullah finds himself in an odd situation: weak inside and outside his party.

And yet it could have been so different if he had followed the strategy of throwing caution to the wind and trying to outflank his party.

In theory at least, his popularity among Malaysians would have been so strong that it would not have been easy for the likes of Dr Mahathir and Tan Sri Muhyddin Yassin to whip up hatred for him among the party rank and file.

In theory at least, he would have been remembered as a great Malaysian who put the principles of multi-racialism, justice, fairness and integrity above everything else.

But for that strategy of outflanking the party to have succeeded, the PM would have had to become a risk taker overnight, someone not afraid of going against convention and the herd.

Perhaps that was asking too much of a man who had become a prisoner to what his party thought.

MIKE TYSON NAFI LAPORAN

Untuk pandangan sila layari www.hantooraya.blogspot.com

Muhammad Taib Nafi Wujud Tekanan Daripada Ahli MT Umno Supaya Pak Lah Letak Jawatan Presiden Parti Awal

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini menafikan wujud tekanan daripada anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden lebih awal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata: "Tidak ada apa-apa tekanan kepada Pak Lah, tidak ada perkara seperti itu dalam mesyuarat MT."

Katanya seperti mana-mana mesyuarat MT, ahli-ahli MT bebas memberikan pelbagai cadangan dan dalam mesyuarat MT terbaru, ada satu atau dua pandangan yang mahukan Pak Lah perbetulkan satu atau dua perkara berkaitan perjalanan parti untuk memperkasakan lagi parti.

"Perbezaan pendapat bukan bermakna wujud tekanan. Seperti mesyuarat mana-mana organisasi, akan wujud perbezaan pendapat tetapi itu tidak bermakna kita menyuruh pengerusi organisasi atau mesyuarat itu letak jawatan.

"Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mematuhi pelan peralihan kepimpinan parti yang dipersetujui pada 2010," katanya selepas menyampaikan cek RM18.25 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk elaun 2,300 guru KAFA di Bangi.

"Bagaimanapun, ada pihak tertentu yang baling batu sembunyi tangan dengan cuba menggunakan blog, internet dan media bagi mempengaruhi pandangan umum bagaimana pelan peralihan kepimpinan itu patut dilakukan, sedangkan kaedah perlaksanaan pelan itu sudah dipersetujui bersama antara Pak Lah dan Najib pada 2010.

"Mereka nak guna blog dan internet untuk ajar kita mengenai peralihan kepimpinan dan kuasa. Sangat malang kerana kebanyakan rakyat Malaysia terlalu mempercayai kandungan bahan-bahan dalam blog, sedangkan di Amerika Syarikat, rakyat negara itu menyiasat dulu butiran dalam blog dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog."

"Ditambah dengan tindakan mensensasikan isu yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan huru-hara dan kegawatan, wujud persepsi rakyat bahawa kerajaan BN (Barisan Nasional) lemah, sedangkan BN sudah mentadbir dengan dengan baik.

"Kalau BN benar-benar lemah, keadaan kewangan tidak stabil dan Pak Lah tidak cekap mentadbir negara, bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bajet yang begitu pemurah dan menyenangkan tahun demi tahun sejak 2004," katanya.

Muhammad berkata rakyat sepatutnya mengamalkan budaya bersyukur dengan pelbagai insentif, potongan cukai dan pelan tindakan bagi meringankan beban kegawatan ekonomi, seperti yang diumumkan dalam bajet 2008 dan 2009.

Beliau meminta rakyat jangan terpengaruh dengan slogan politik yang digunakan Anwar bagi memainkan sentimen orang Cina dan India.

Katanya tindak tanduk Anwar tidak positif kepada keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum hasil pentabiran BN selama ini.

"Anwar memainkan sentimen bahaya dengan menimbulkan satu isu selepas satu isu macam dalam drama, ada plot, demi plot, sedangkan semua itu hanya gimik politik.

"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Macam wujud keadaan tawar menawar antara Anwar dengan masyarakat China dan India. Ini sangat berbahaya. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum-kaum," katanya.

Semua kaum, katanya seharusnya menghormati hak-hak mereka dalam perlembagaan persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui semasa kemerdekaan.

"Rakyat kena balik semula kepada semangat kerjasama kaum semasa perlembagaan persekutuan digubal," katanya.

Muhammad berkata perlembagaan tidak boleh dipinda seperti mengikut alunan turun naik ombak kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara sendiri.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menafikan wujudnya tekanan seperti itu berkata perkara itu tidak tepat dan hanya mengelirukan orang ramai serta mengeruhkan keadaan dan melemahkan parti.

"Laporan itu tidak tepat dan mengelirukan. Apa yang dibincangkan adalah rahsia. Saya rasa mustahil mana-mana pihak boleh bagi gambaran yang tepat dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hingga tiga jam itu," katanya kepada media pada Majlis Sinar Ramadan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata anggota MT bertanggungjawab dan tidak membocorkan kepada sesiapa apa-apa yang dibincangkan.

"Adalah penting untuk semua pihak menyedari dalam usaha kita untuk memulihkan parti, kepincangan kita tidak perlu didedahkan sebaliknya kembali kepada asas. Kalau tidak, tiada beza mesyuarat MT dengan mesyuarat bahagian dan cawangan," katanya.

Hishammuddin berkata desakan untuk meletakkan jawatan perlu dilihat kembali kepada asas iaitu ia dibincangkan balik dalam bahagian dan cawangan.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu dalam hati setiap individu dan ahli cawangan setiap perwakilan. Apa yang saya hendak tekankan ialah apabila kita menjawab dan menari mengikut pembangkang, perbuatan ini hanya membazir masa,"katanya.

Thursday, September 11, 2008

TERBARU : PELAN PERALIHAN KUASA

PERALIHAN KUASA : NAJIB SERAH PERWAKILAN, MUHYIDDIN SEDIA TERIMA PADAH

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peralihan kuasa ditentukan oleh perwakilan pada mesyuarat Umno bahagian selepas umat Islam menyambut hari raya Oktober ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menhgadiri persidangan Perniagaan China Guangdong-Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak gentar terima padah kerana menyuarakan apa yang ramai ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional mahukan.

Tambahnya, beliau tidak berniat untuk menyinggung Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi seseorang mesti berani menyuarakan yang benar.

(Dipetik dari MStar Online)